Sunday, December 27, 2009

Ayuh meriahkan Bukit Jalil-Perang Poster Gergasi bermula

Penyokong-penyokong setia The Red Warriors sudah tentu teruja untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu Negeri Sembilan sabtu ini.

Namun kita tidak harus lupa persiapan-persiapan serta kelengkapan yang perlu dibawa bagi melahirkan rasa gerun di pihak lawan.

Jika final sebelum ini kita 'kalah' dengan poster-poster gergasi dari penyokong-penyokong Selangor.Mereka dilihat seolah-olah berlumba-lumba untuk mempamerkan poster-poster mereka tidak kira dari ceruk mana atau daerah mana sekalipun.

Penyokong-penyokong Red Warriors juga perlu berbuat demikian,kita bina sama-sama poster gergasi masing-masing contohnya mewakil daerah serta kelab bolasepak yang diwakili atau kampung-kampung.

Penyokong-penyokong juga di sarankan membawa seberapa banyak bendera Kelantan ataupun persatuan kerana semangat pemain-pemain pasti akan melonjak melihat kibaran bendera negeri atau persatuan.

Penyokong-penyokong juga perlu menyeragamkan sorakan seperti yang dilakukan di Kota Bharu seperti mengikuti paluan gendang atau rebana ubi.

Baju yang dipakai semestinya melambangkan negeri Kelantan iaitu Merah walaupun kita tahu penyokong Negeri Sembilan akan memakai warna merah juga.

Penyokong disarankan membeli jersi pasukan supaya menampakkan bahawa penyokong-penyokong Kelantan setara dengan penyokong luar negara yang semestinya akan mempunyai koleksi jersi dan akan memakai setiap kali pasukan kesayangan mereka beraksi.

*apa yang paling penting keazaman kita untuk melihat kejayaan pasukan menjulang Piala Malaysia untuk dihadiahkan kepada rakyat Kelantan.

No comments: